Masjid Raja Bendahara Tengku Badar Shah (MRBTBS) menyediakan Sistem Aduan Kariah bagi memudahkan Ahli Kariah menyalurkan aduan, cadangan dan maklum balas berkaitan kemudahan, perkhidmatan serta pengurusan masjid.

📌 Panduan Aduan / Cadangan

  1. Jenis Laporan: Pilih sama ada Aduan atau Cadangan.
  2. Maklumat Jelas: Nyatakan butiran aduan atau cadangan dengan jelas dan tepat.
  3. Lampiran Gambar: Sertakan gambar sekiranya berkaitan bagi membantu pihak MRBTBS membuat semakan.
  4. Privasi Pengadu: Pengadu boleh memilih sama ada menggunakan identiti atau membuat laporan secara Tanpa Nama.

🔎 Semakan Status
Selepas laporan dihantar, anda akan menerima Nombor Rujukan seperti ADU-260817-0001 atau CDG-260817-0001.

Simpan nombor rujukan tersebut untuk menyemak status tindakan dan maklum balas daripada pihak MRBTBS.

☎️ Pertanyaan lanjut, sila hubungi:
017-778 4964
(Pejabat Pengurusan MRBTBS)